Sukan

KDA FC hilang tonggak

KEDAH Darul Aman (KDA) FC kehilangan sentuhan pemain import kuota Asia Tenggara, Dennis Buschening selama enam bulan yang perlu menjalani pemb3dahan akibat kec3deraan Tendon Achiles.

Perkara tersebut didedahkan oleh Pengendali sang Kenari, Aidil Sharin Sahak pada sidang akhbar selepas pasukannya menang tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC pada aksi ketiga Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman pada Rabu.

“Kami berharap Buschening akan cepat sembuh demi perkembangan kerjayanya selepas ini. Kami akan berjumpa dengan pengurusan KDA FC untuk membincangkan t3ntang posisi dan ketiadaan pemain tersebut, ” katanya.

Tambah Aidil, kec3deraan pemain kelahiran Jerman yang mempunyai kerakyatan Thailand itu adalah perkara yang normal di dalam sukan bola sepak.

“Kami menghargai apa yang diberikan oleh Buschening. Paling penting adalah kami menghargai kesungguhan yang ditunjukkannya semasa berada pasukan ini,” ujarnya.

Pemain tersebut memulakan kerjaya bola sepak remajanya di Borussia Dortmund sebelum beraksi dengan beberapa kelab di Liga German.

sumber:- SH

Buschening bukan lagi asing dalam kancah Liga Malaysia kerana pernah bersama skuad Sabah pada musim 2020 sebelum menyertai skuad UiTM FC pada musim lalu dan pada tahun 2022 memilih untuk bersama KDA FC.