Sukan

Pengumuman gembira untuk Penyokong

Penyokong Liga Malaysia (Liga M) tidak perlu lagi ‘berpuasa’ setiap kali menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium apabila selepas aktiviti makan dan minum sudah dibenarkan.

Ia susulan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada Khamis lalu dilaporkan mengumumkan kebenaran makan dan minum di stadium selain kanak-kanak bawah umur 12 tahun juga dibenarkan masuk ke venue perlawanan.

Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Faizal Wahid menjelaskan pengumuman itu memang perkara yang dinanti-nantikan seluruh penyokong Liga M.

Katanya, kelonggaran yang diberikan itu dapat memeriahkan lagi kancah liga tempatan dan menyemarakkan semangat penyokong atau ‘pemain ke-12’ untuk hadir ke stadium.

Satu perkhabaran yang baik bagi penyokong yang sebelum ini terpaksa ‘berpuasa’ semasa menyaksikan perlawanan di stadium dan selepas ini kami tak kehausan lagi. Terima kasih kepada menteri dan MKN (Majlis Keselamatan Negara).

“Bagaimanapun penyokong tetap perlu berwaspada kerana Covid-19 masih ada dan kita perlu mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang lain seperti memakai pelitup mulut dan hidung,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Faizal dilaporkan berkata kelonggaran di stadium yang diberikan itu selaras dengan fasa peralihan endemik bermula, kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Jaguh Utara (JUFC), Safarizal Mohd Sobri yang turut senada dengan Faizal menjelaskan penyokong menyambut baik perubahan SOP yang dibuat oleh kerajaan.

Dia bagaimanapun mengingatkan penyokong supaya tidak melupakan SOP lain termasuk memakai pelitup mulut dan hidung serta menjaga penjarakan fizikal.

Ia pasti melegakan penyokong terutama di bulan puasa yang mana mungkin orang kata langkah yang baik untuk penyokong tambah tenaga.

Tetapi untuk membawa kanak-kanak bawah 12 tahun itu secara peribadi saya tak galakkan walaupun ia memang dibenarkan. Kita masih berdepan dengan C0vid-19 dan baru berada di fasa peralihan endemik, apa saja boleh berlaku.

sumber:- HM

“Malah banyak kes (C0vid-19) sekarang membabitkan kanak-kanak, jadi kita sarankan ibu bapa yang berhasrat nak bawa anak ke stadium seeloknya tangguhkan dulu,” katanya.