Sukan

Ada pemain memang tangkas tapi lemah dan lambat

Corak permainan pantas pasukan bola sepak negara di bawah kendalian Kim Pan Gon yang dilihat mirip pendekatan digunakan kebanyakan pasukan gergasi dunia perlu dikekalkan menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini.

Penganalisis sukan dan pemerhati bola sepak tempatan, Dr Pekan Ramli berkata taktikal cuba diterapkan Pan Gon pada dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 baru-baru ini adalah corak permainan yang dituntut dalam era bola sepak moden.

Menurut beliau, apa boleh dilakukan Pan Gon untuk memaksimumkan potensi pasukan negara selepas ini adalah dengan membawa masuk pemain yang mempunyai sikap bersesuaian sekali gus dapat membantu jurulatih dari Korea Selatan itu mencapai objektif utamanya.

Bagi saya, apa Kim Pan Gon cuba terapkan dah bagus tetapi kita faham dia perlukan sedikit masa lagi sebabnya kalau corak permainan pantas ini memerlukan kemahiran individu yang tinggi dari segi kawalan bola, hantaran dan daya pemikiran dalam permainan.

“Ada pemain memang tangkas dan mempunyai stamina bermain corak permainan pantas tetapi pemikiran dia lemah dan lambat (membuat keputusan) dalam padang, itu boleh merosakkan tempo permainan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Pada aksi persahabatan saingan Siri Tiga Negara FAS yang berlangsung di Singapura itu, skuad Harimau Malaya di ranking ke-154 dunia memulakan era di bawah Pan Gon dengan cemerlang selepas melakar kemenangan 2-0 men3ntang Filipina di kedudukan lebih baik iaitu di ranking ke-129.

Namun, m0mentum itu gagal diteruskan pasukan negara pada perlawanan kedua berdepan Singapura yang berada di ranking lebih rendah iaitu ke-161 selepas tunduk 1-2 sekali gus menyaksikan Pan Gon mengalami kekalahan pertamanya sejak dilantik Januari lalu.

Pekan yang juga Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi berkata berdasarkan kedua-dua perlawanan itu, beliau merasakan skuad kebangsaan masih bergelut untuk mewujudkan sebuah pasukan yang konsisten.

Beliau berkata antara kelemahan ketara dapat dilihat adalah dari sudut keserasian antara pemain di bahagian pertahanan selain kekurangan idea pada jentera s3rangan dalam men3mbusi benteng pertahanan lawan dan menyudahkan peluang jaringan.

Secara keseluruhan banyak kelemahan perlu kita perbaiki tetapi ada petanda baik terutama dari segi kepantasan atau tempo permainan yang telah dapat diubah Pan Gon, cuma pemain kita belum lagi betul-betul serasi antara satu sama lain.

“Mereka (pemain) belum dapat mewujudkan satu keserasian yang benar-benar mantap terutama apabila ada rombakan dibuat Pan Gon (dalam perlawanan), kita dapat lihat ia menjejaskan kombinasi sedia ada dan ini akan menyukarkan kita di masa hadapan,” katanya.

Pasukan bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura, yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023, dengan bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC.

Pada pusingan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Bahrain yang berada di ranking ke-89 dunia, Turkmenistan (ke-134) dan Bangladesh (ke-186). Semua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

sumber:- BH

Sebagai rekod, Malaysia kini dalam misi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas kali terakhir beraksi di kejohanan itu ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007, selain sudah lebih 40 tahun gagal meraih slot automatik sejak edisi 1980 di Kuwait.