Sukan

Suk Won lain dari yang lain

Meskipun berkomunikasi dalam platform media sosial menjadi rev0lusi pada masa kini, namun pemain import pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Jang Suk Won tetap memilih untuk tidak memiliki akaun peribadinya di laman itu.

Pemain kelahiran Korea Selatan berusia 32 tahun ini menjadi satu-satunya pemain yang dilihat tidak memiliki mana-mana akaun media sosial dan perkara ini diakuinya disebabkan mahu memberi lebih fokus pada dirinya sendiri.

Saya memilih untuk tidak memiliki akaun dalam media sosial kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam kerjaya saya dan fokus untuk persiapan saya bersama pasukan.

Mungkin ramai penyokong yang mencari akaun media sosial saya dalam talian, tetapi itu tidak bermakna saya tersisih dari perhubungan dengan penyokong kerana saya juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan penyokong melalui media rasmi KDA FC.

“Sebagai pemain, saya sentiasa menghargai sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh penyokong Kedah untuk saya pada musim ini walaupun saya tidak kelihatan dalam media sosial, dan di sebalik itu, saya mahu membalas kata semangat penyokong itu dengan kejayaan kepada pasukan pada musim ini,” katanya.

Suk Won juga berkata dengan kehadiran kembali penyokong ke stadium pada musim ini ia menjadi inspirasi untuk dirinya beraksi dengan lebih bersemangat dalam mengawal kekebalan benteng pertahanan Kedah pada musim ini.

Saya berharap semangat penyokong Sang Kenari akan kembali meningkat ke stadium sebaik kami memulakan aksi sambungan Liga Super pada 6 April ini di laman sendiri.

Keutamaan yang saya berikan adalah untuk fokus sepenuhnya menghadapi aksi bersama Kedah pada musim ini dengan persiapan yang dilakukan pasukan berada pada tahap yang terbaik setakat ini.

sumber:- HM

“Saya sedar tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan selain kerja keras berterusan bagi memastikan kejayaan buat KDA FC yang akan menempuhi saingan Piala AFC di Bali pada Jun ini.