Sukan

Teruja terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan

Ketua jurulatih, Kim Pan-gon, meluahkan kelegaannya apabila skuad negara meraih kemenangan pertama di bawah bimbingannya walaupun melewati tempoh persediaan singkat.

Dalam aksi persahabatan Siri Tiga Negara di Singapura semalam, Harimau Malaya berhasil menewaskan Filipina 2-0, sekali gus memberikan permulaan positif buat era Pan-gon.

Aksi di Stadium Nasional Singapura itu menyaksikan skuad negara menguasai hampir keseluruhan permainan dan Akhyar Rashid muncul pemain paling cemerlang dengan jaringan bergandanya dalam babak pertama.

Kemenangan itu memberikan kelegaan buat Pan-gon memandangkan pasukannya hanya mempunyai tempoh persiapan selama seminggu sebelum berlepas ke Singapura.

“Saya amat menghargai usaha pemain yang bekerja keras sebagai satu pasukan,” katanya seperti yang dipetik Nadi Arena.

“Mereka benar-benar mencuba untuk mengikuti struktur pasukan kami dan saya amat menghargai tahap terbaik yang telah ditunjukkan pemain.”

Dalam pada itu, pertahanan serba boleh, Dion Cools, yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan itu, meluahkan keterujaannya untuk terus memacu kecemerlangan skuad negara dan berbangga dengan semangat yang ditunjukkan setiap pemain.

“Seperti yang jurulatih katakan, semua orang berusaha keras, termasuk pemain dan pegawai.
“Diri saya juga perlu menghadapi penerbangan yang amat jauh untuk datang ke sini dan ia merupakan kemenangan yang indah buat semua orang.

sumber:- SA

“Kerana apabila anda berusaha keras, anda layak untuk memenangi setiap perlawanan, jadi secara keseluruhannya, ia merupakan hari yang indah buat seluruh negara kita, jadi saya amat gembira,” katanya.