Sukan

Faisal sudah lupakan

Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim, mengakui tiada masalah untuk bekerjasama dengan perancang veteran negara, Safiq Rahim, biarpun pernah bertegang urat dalam saingan Piala Malaysia tahun lalu.

Baginya, dia sudah melupakan perkara itu dan sedia bekerjasama sepenuhnya dengan Safiq bagi membantu skuad negara dalam Kejohanan Tiga Negara di Singapura bermula Rabu ini.

Safiq bertindak menandvk Faisal, yang dikatakan melakukan prov0kasi, sewaktu perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC di Iskandar Puteri tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemain itu bertindak profesional dan sudah melupakan insid3n panas berkenaan demi memberikan yang terbaik buat Harimau Malaya.

Dalam satu temu bual Nadi Arena, Faisal berkata: “Setakat ini, saya dengan Safiq Rahim tiada apa-apa masalah.

“Kami bermain dalam satu pasukan, kami dalam kesebelasan yang sama dan apabila saya meminta bola, dia tetap menghantarnya kepada saya.

Safiq Rahim sebenarnya seorang yang baik, cuma biasalah, orang tua suka marah-marah. Sebenarnya, bagi saya, Safiq Rahim merupakan seorang yang profesional.

“Saya juga tidak membawa kes yang lepas itu ke sini dan tidak berd3ndam.”Dia OK, saya juga OK,” katanya.

sumber:- SA
Skuad bimbingan Kim Pan-gon itu akan memulakan saingan di Singapura dengan berdepan Filipina pada Rabu ini sebelum menghadapi tuan rumah tiga hari kemudian.