Sukan

Melaka rekod kemenangan sangat besar

Saingan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) Wanita 2022, hari ini mencuri tumpuan apabila Melaka ‘mengamvk’ dengan merekodkan kemenangan 26-0 ke atas pasukan Kuala Lumpur (KL).

Keputusan itu menyaksikan dua pemain pemain Melaka iaitu Siti Asnidah Zamri dan Intan Sarah Anisah Zulgafli mel3dak hatrik berganda dalam saingan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara (Panasonic), Shah Alam, hari ini.

Siti Asnidah meledak tujuh gol pada minit kedua, 16, 17, 18, 26 dan dua gol dalam minit ke-34, manakala Intan Sarah pula menjaringkan enam gol pada minit ke-11, 14, 25, 27 serta dua gol ketika minit ke-35.

Hanis Farhana memulakan kenduri gol Melaka dengan jaringan seawal minit pertama sementara Nur Syafiqah Zainal Abidin menyumbang empat gol pada yang mana dua gol dijaringkan dalam minit ketiga dan dua lagi ketika perlawanan memasuki ke-15.

Nurul Nadia juga meledak hatrik dengan menjaringkan gol pada minit keempat, kelima dan 39.

sumber:- BH

Sementara itu, Jaciah Jumilis, Syafiqa Irisya dan Hanani Adriana Shamsul Azizan masing-masing menyumbang satu gol pada minit ketujuh dan kelapan selain dua lagi gol Melaka dijaringkan Nur Mecca Rania pada minit ke-17 dan 18.