Sukan

Bintang muda yang bakal jadi rebutan Gergasi Liga Super

Selepas beraksi cemerlang mel3dak hatrik dalam saingan Piala FA semalam, striker Skuad Projek FAM-MSN, Muhammad Haikal Sahar memasang impian untuk beraksi di pentas Liga Super.

Muhammad Haikal berjaya mencuri tumpuan apabila muncul wira dengan jaringan hatrik pada aksi pusingan pertama ketika pasukannya membenam Tok Janggut Warrios FC 5-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Pemain berusia 19 tahun itu, berkata misi utamanya adalah untuk menjaringkan lebih banyak gol selepas ini, serta mengikuti jejak langkah bekas penyerang pasukan berkenaan, Azhad Harraz Arman yang kini bersama Sabah FC.

Ini rezeki doa daripada ibu bapa, sokongan daripada rakan sepasukan juga. Walaupun saya baru pulih selepas p0sitif C0VID-19 tempoh hari, memang ada rasa lemah sikit tapi lama-lama dah dapat balik kecergasan.

“Azam saya bukan itu sahaja (menjaringkan gol) tetapi saya nak buktikan kemampuan saya walaupun masih muda. Kalau boleh nak pergi lebih jauh dan kalau ada rezeki, insya-Allah mungkin selepas ini lebih cemerlang,” katanya dalam kenyataan menerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini.

Sementara itu, ketua jurulatih Skuad Projek, Hassan Sazali Waras memuji prestasi keseluruhan pasukan yang mempamerkan aksi baik untuk mencatatkan kemenangan besar.

“Mungkin dengan jaringan hatrik yang dilakukan Muhammad Haikal, dapat memberi sokongan dan dorongan kepada pemain lain untuk memburu lebih banyak gol pada aksi akan datang,” katanya.

Pada masa sama, beliau enggan meletakkan beban menjaringkan gol ke atas bahu seorang penyerang semata-mata, sebaliknya mahu semua pemain turut sama mempamerkan kebolehan meledak jaringan.

“Kami dalam pasukan tidak akan mengharapkan kepada seseorang individu sahaja menjaringkan gol dan kalau kita tengok penjaring gol kelima (Ubaidullah Shamsul) bukanlah striker tetapi dia juga mampu mel3dak gol.

“Jadi saya tekankan agar semua pemain boleh menjaringkan gol selepas ini dan kemenangan ini akan menjadi tonik terbaik kepada mereka untuk aksi akan datang”, katanya.

sumber:- BH

Skuad Projek FAM-MSN akan berdepan Kelantan FC pada Jumaat ini dalam aksi Liga Perdana di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.