Jadual Liga Malaysia boleh dikatakan semakin ‘kacau-bilau’ apabila semakin banyak perlawanan terpaksa ditunda berikutan pemain dan pegawai pasukan disahkan p0sitif C0vid-19.

Terbaharu, perlawanan membabitkan Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dijadualkan berlangsung esok turut tidak terlepas menjadi mangsa C0vid-19 apabila terpaksa ditunda ke tarikh baharu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan bahawa 15 pemain dan pegawai pegawai NSFC disahkan p0sitif C0vid-19 sekali gus mereka terpaksa menjalani tempoh kuarant!n sebelum dibenarkan beraksi.

Selain perlawanan membabitkan Liga Super, kedua-dua pasukan turut terlepas pusingan pertama Piala FA 2022 Ahad ini di venue yang sama.

MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai NSFC yang disahkan positif C0vid-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh,” katanya.

Terdahulu, pembukaan kempen Liga M pada hujung minggu lalu sedikit terganggu apabila beberapa perlawanan terpaksa ditunda gara-gara C0vid-19 dengan membabitkan satu aksi Liga Super dan empat perlawanan Liga Perdana.

Pertemuan Sri Pahang men3ntang Terengganu FC yang dijadual berlangsung di Stadium Darul Makmur, Jumaat lalu ditunda selepas 20 pemain serta pegawai Tok Gajah disahkan positif.

Turut menerima nasib sama adalah Perak FC selepas enam pemain p0sitif C0vid-19 dan 14 lagi kontak rapat bergejala untuk menyaksikan perlawanan dengan Kelantan United ditangguhkan.

sumber:- HM

Begitu juga dengan 12 pemain UiTM FC didapati positif, manakala baki barisan pemain berstatus kontak rapat bergejala sekali gus menyebabkan pertemuan Liga Perdana men3ntang Terengganu FC II dan aksi Piala FA bertemu Kuching City FC pada 15 Mac terpaksa ditunda.