Selangor FC (SFC) jelas berdepan tamparan besar apabila kehilangan ‘mesin golnya’, Ifedayo Olusegun yang membuat keputusan untuk berhijrah ke satu lagi pasukan Liga Super, Melaka United musim ini.

Berdasarkan 26 gol disumbangkan oleh striker kelahiran Nigeria itu pada musim lalu, The Red Giants perlu mencari alternatif lain bagi memastikan jumlah jaringan terbabit tidak ‘hilang’ untuk membantu mereka mengharungi musim ini.

Namun selepas aksi pertama Liga Super musim ini, mereka tampak sudah boleh melupakan ‘kenangan’ bersama Ifedayo apabila pengganti yang dibawa masuk berjaya meledak tiga gol ketika berdepan KL City FC, Sabtu lalu.

Dua gol disumbangkan Caion menerusi sepakan penalti sementara Hyuri Henrique menghasilkan satu gol pada aksi tetangga Lembah Klang yang berakhir dengan keputusan 3-3 itu.

Pengendali skuad Merah Kuning, Michael Feichtenbeiner berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh dua pemain itu yang jelas sudah berjaya menyesuaikan diri bersama pasukan terbabit.

Kita tidak boleh membandingkan mereka dengan Ifedayo. Ifedayo adalah penyerang yang baik tetapi kami kehilangan dia, jadi kami perlu menggantikannya dengan cara yang dirasakan wajar.

“Caion dan Hyuri menunjukkan aksi yang baik. Caion menjaringkan enam gol pada pramusim dan prestasi itu diteruskan apabila dia mel3dak dua gol men3ntang KL City FC. Dia sememangnya memiliki naluri sebagai striker.

Begitu juga Hyuri yang sesuai dengan DNA serta corak permainan kita dan dia juga menjaringkan satu gol. Kita perlu menggantikan jumlah gol yang diberikan Ifedayo dalam cara yang lain.

sumber:- BH

“Kita tidak boleh membeli seorang pemain yang boleh menjaringkan 30 gol tetapi saya gembira dengan apa yang ditunjukkan oleh Caioan dan Hyuri,” katanya.