Sukan

Selepas di JDT, Mereka Buat hal lagi

Selepas KL City FC dan Selangor FC (SFC) berentap dalam saingan Liga Super di dalam padang, penyokong kedua-dua pasukan tidak ketinggalan turut ‘berp3rang’ di luar padang.

Menerusi klip video yang tular di laman media sosial, pergadvhan tercetus di luar perkarangan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Klip video yang memaparkan sekumpulan penyokong yang berhimpun dan cuba meny3rang sekelompok lagi penyokong yang hadir di stadium terbabit.

Selain itu, terdapat juga klip video yang memaparkan penyokong meny3rang seorang penyokong yang lain sehingga terpaksa dileraikan pihak polis.

Dalam satu lagi klip video berasingan yang turut tular, pergadvhan dipercayai turut berlaku di kawasan tempat duduk penyokong di dalam stadium.

Sebagai rekod, ini bukanlah kes pertama kekecohan membabitkan penyokong berlaku pada musim 2022.

sumber:- BH

Pada minggu lalu selepas aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, sekumpulan penyokong membakar dan membaling svar ke arah satu lagi kumpulan penyokong yang mungkin mendatangkan bahaya kepada pengunjung yang hadir.