Sukan

Legenda bola sepak Eropah sah peluk islam

Legenda bola sepak Belanda, Clarence Seedorf mengesahkan dia sudah memeluk Islam.

Bekas pemain AC Milan, Real Madrid dan Ajax itu membuat pengumuman terbabit menerusi akaun media sosialnya, semalam.

Menerusi Instagram, dia menulis ‘ucapan terima kasih yang teristimewa atas mesej indah untuk meraikan saya memeluk Islam.’

Saya sangat gembira dan bersyukur untuk menyertai saudara baharu saya khususnya isteri saya, Sophia (Makramati) yang mengajar saya mengenai erti Islam dengan sangat mendalam.

“Saya tidak menukar nama saya dan akan terus menggunakan nama yang diberikan oleh ibu bapa saya, Clarence Seedorf.”

Sebagai rekod, Seedorf muncul satu satunya pemain yang memenangi Liga Juara -Juara sebanyak tiga kali bersama tiga pasukan berbeza.

Isterinya, Sophia turut menulis menerusi Instagram ‘saya sangat gembira dan berbangga menjadi sebahagian daripada detik indah untuk orang yang saya sayangi, Clarence Seedorf yang memeluk Islam.’

sumber:- BH

“Selamat datang dan semoga kamu akan terus dirahmati dan memberi inspirasi kepada seluruh dunia.”