Sukan

JDT ada DNA tersendiri

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, menganggap mereka lebih bersedia untuk mendominasi saingan musim ini selepas menjadikan Kuala Lumpur (KL) City sebagai mangsa pertama.

Stadium Sultan Ismail Ibrahim malam semalam menjadi saksi keampuhan Harimau Selatan untuk mudah meratah juara Piala Malaysia itu 3-0.

Walaupun berdepan kebuntuan hingga minit ke-25, pesta JDT bermula sebaik tandukan Nazmi Faiz Mansor sebelum memerangkap anak buah Bojan Hodak itu dengan dua gol lagi menerusi pemain import, Fernando Forestieri, dan Afiq Fazail.

“Kami perlu lebih bervariasi, memiliki formasi berbeza.”Apabila anda menjadi sang juara, semua orang akan menumpukan perhatian kepada anda, belajar tentang anda.

“Jadi bukan payah untuk menjadi juara sekali, tapi yang sukar adalah mengekalkannya.
Semua orang akan menuju kepada anda.

“Tidak kira kami menggunakan 3-4-3 atau 3-5-2, apa yang penting adalah falsafah, hasrat dan DNA JDT.
“Kami cuba mengekalkan DNA itu di kelab ini,” katanya dalam sidang media pasca perlawanan.

Hodak mengakui barisan pemainnya tenggelam dalam separuh masa pertama apabila terlalu kerap kehilangan bola kedua hingga mereka lebih banyak berkubu.

“Apabila anda gagal mengenainya maka anda tidak akan dapat melakukan apa-apa. Kami memerlukan 2-3 hantaran untuk keluar daripada tekanan mereka termasuk mengeluarkan bola apabila gagal dalam bola kedua.

sumber:- SA

“Separuh masa kedua (cerita) berbeza. Boleh dilihat kami melakukannya dan ia membolehkan kami mencipta peluang untuk mencari kemenangan,” katanya pula.