Sukan

JDT makin Unggul

Apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengumumkan bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) di pilih sebagai tuan rumah bagi aksi Kumpulan I, Liga Juara-juara Asia (ACL), ia merupakan satu penghormatan yang diberikan pada Harimau Selatan itu.

Ini juga merupakan kali pertama juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu terpilih sebagai tuan rumah setelah berjaya menyertai ACL semenjak 2019. Dengan peluang yang diberikan AFC ini sebenarnya akan memgukuhkan lagi jenama Johor Darul Ta’zim di rantau Asia terutamanya.

Jenama JDT akan lebih unggul, Kenapa?

Ini kerana setiap pasukan yang akan bertandang ke Johor Bahru nanti pasti akan diikuti oleh media-media tempatan mereka untuk melaporkan perkembangan terkini pasukan mereka dan sudah tentu mereka akan memberikan liputan yang meluas tentang perlawanan yang akan dihadapai pasukan mereka nanti.

Selain itu, mereka juga sudah tentu akan melaporkan tentang fasiliti yang dimiliki pasukan JDT serta
kemudahan asas yang ada di Johor dan dengan itu juga ia akan dapat membantu mempromosikan negeri Harimau Selatan ke Jepun dan China serta serata dunia, sebagaimana yang berlaku pada 1997 apabila Iran bertemu Jepun di Stadium Larkin untuk kelayakkan Piala Dunia 1998.

Bukan itu sahaja, secara tidak langsung JDT juga telah membantu menjana ekonomi negeri Johor melalui “Sport Tourism” kerana sudah tentu setiap pasukan yang bertanding itu akan bebelanja di Johor Bahru.

Disinilah kebijaksanaan yang akan digunakan oleh skuad pemasaran JDT untuk mengumpul data peminat-peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa yang akan memberi perhatian pada perlawanan yang akan dibawakan secara langsung itu untuk digunakan bagi memcari penaja pada masa hadapan. Dari situ juga pengurusan kelab JDT juga boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor melalui exco pelancongan untuk terus mengangkat dan mempromosikan negeri.

Inilah kekuatan yang ada pada jenama JDT apabila pengurusan mereka bijak dalam merancang strategi menggekalkan kualiti JDT dengan memastikan pasukan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik serta kualiti pemain-pemain dijaga supaya nilai pasaran skuad JDT tidak jatuh kerana ketika ini, nilai untuk pemain-pemain JDT secara keseluruhan dianggarkan setinggi RM36 juta berdasarkan pada laman sesawang Transfermarkt.

Bagi pasukan-pasukan yang bertanding dalam Piala AFC tahun ini, ambillah kesempatan untuk terus memperkukuhkan jenama kelab masing-masing selain dapat membantu mempromosikan negeri di mana mereka bertapak.

sumber:- SA

Ia boleh membantu sektor pelancongan selain dapat mengekalkan kesetabilan kewangan pasukan pada masa hadapan melalui pengumpulan data peminat dan siaran langsung untuk mencari penaja pada masa depan.