C0VID-19 ‘meny3rang’ skuad bawah 23 tahun (B-23) negara apabila tiga pemain didapati positif w@bak itu selepas menjalani ujianĀ (ART) di hotel penginapan di Phnom Penh, Kemboja, pagi tadi.
Pengendali skuad B-23, Brad Maloney mengesahkan tiga pemain terbabit adalah Abdul Hanafie Tokyo, Zainal Abidin Jamil dan T Saravanan.
Bukan setakat pemain malah penolong jurulatih, Khan Hung Meng juga disahkan positif C0VID-19.
Ketiga-tiga pemain serta penolong jurulatih itu sudah diasingkan serta-merta daripada aktiviti bersama pasukan dan akan menjalani ujian PCR, pagi esok.
“Dua pemain yang sebelum ini positif 0OVID-19 ketika ujian PCR setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh iaitu Fahmi Daniel Zaaim dan Shafi Azswad Sapari dijangka bebas daripada tempoh is0lasi masing-masing, hari ini atau esok.
sumber:- BH
“Ia tertakluk kepada keputusan ujian PCR terkini mereka sebelum dibenar kembali menyertai latihan bersama pasukan,” katanya.