Sukan

Laos malukan Skuad Bawah 23 Negara

Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) Brad Maloney perlu melakukan banyak ‘kerja rumah’ selepas ini apabila pasukannya tewas 1-2 kepada Laos pada pada aksi sulung Kumpulan B Kejuaraan AFF B-23 di Stadium Prince, di Phnom Penh, Kemboja.

Ternyata waktu rehat panjang yang selepas Myanmar menarik diri saat akhir berikutan pand3mik C0vid-19 gagal dimanfaatkan sepenuhnya skuad B-23 negara untuk mempamerkan aksi lebih mantap apabila dilihat agak ‘sesak’ untuk mencipta kemenangan mengatasi pasukan kendalian Hans Michael Weiss.

Pada perlawanan terbabit menyaksikan skuad negara hampir berada di depan seawal minit ke lima namun sepakan Azfar Fikri Azhar terkena tiang sekali gus memberi kelegaan kepada kem Laos.

Usaha berterusan pasukan negara untuk mencipta gol hadir pada minit terakhir separuh masa pertama menerusi A Selvan yang melepaskan rembatan hasil daripada sepakan penjuru untuk kedudukan 1-0.

Separuh kedua menyaksikan skuad B-23 negara gagal memperkemaskan corak permainan apabila mudah memberi ruang kepada pasukan lawan untuk melakukan serangan berbahaya.

Jelas sekali, Laos tidak perlu menunggu lama untuk menyamakan apabila kealpaan benteng pertahanan dimanfaatkan sepenuhnya ketua pasukan mereka Bouncphachan Bounkong melepaskan rembatan sekali gus menewaskan penjaga gol negara Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman pada minit 56.

Gol penyamaan itu ternyata membuatkan Maloney tersentak apabila melakukan sekurang-kurangnya lima pertukaran bagi menghidupkan bahagian tengah dan serangan dalam usaha mencari gol kemenangan.

Namun, Laos dilihat lebih banyak mengatur serangan berbahaya ke kubu pasukan negara sebelum gol meraih gol kemenangan pada minit 78 menerusi Phetdavanh Somsanid.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Laos mempunyai kelebihan berdasarkan kedudukan agregat 2-1.

sumber:- HM

Kedua-dua pasukan sekali lagi akan bertembung pada Selasa depan bagi penentuan pendahulu Kumpulan B.