Sukan

Perlawanan Malaysia berdepan pembatalan

Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara layak dimandikan bunga apabila diuji sekali lagi dengan kemungkinan berdepan pembatalan perlawanan pertama men3ntang Myanmar pada kejohanan Piala AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja petang ini.

Difahamkan, perlawanan membabitkan Kumpulan B yang hanya berbaki kurang dua jam sebelum sepak mula terpaksa dibatalkan berikutan pasukan Myanmar lvmpuh selepas hampir kesemua pemainnya disahkan p0sitif C0vid-19.

Menurut sumber, setakat ini pasukan Malaysia menunggu arahan daripada pihak penganjur berhubung perlawanan itu sama ada diteruskan atau sebaliknya. Memang benar kem Myanmar ‘dis3rang’ C0vid-19 tetapi setakat ini belum ada arahan lanjut daripada Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar ketika dihubungi Arena Metro berkata, pihaknya telah mendengar berita s3dih itu. Setakat ini, saya tidak boleh katakan perlawanan itu dibatalkan atau diteruskan kerana kami belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada AFF.

Kami akan terus memantau keadaan terutama mengenai kesihatan pemain dan kejurulatihan pasukan, katanya. Mengikut rekod berdasarkan jadual perlawanan, Malaysia membuka tirai kempen men3ntang Myanmar di Stadium Prince petang tadi, diikuti Laos tiga hari kemudian di venue sama.

Indonesia sepatutnya menjadi lawan terakhir peringkat kumpulan pada 21 Februari di Stadium Nasional Morodok Techo tetapi mereka menarik diri pada saat-saat akhir sebelum separuh akhir dan akhir masing-masing berlangsung pada 24 dan 26 Februari.

sumber:- HM

Terdahulu, skuad B-23 negara menerima berita sedih apabila seorang lagi pemain disahkan p0sitif C0vid-19. Ia merupakan kes kedua membabitkan anak buah Brad Maloney selepas Fahmi Daniel Zaaim menjadi pemain negara pertama dijangkit! C0vid-19 apabila tiba di Phnom Penh untuk menyertai Kejohanan AFF B-23, Jumaat lalu. Namun skrip sama berulang apabila Shafi Azswad Sapari yang datang ke Kemboja menggantikan Fahmi turut dijangkit! selepas keputusan ujianĀ  di Phnom Penh didapati p0sitif.