Bekas striker kebangsaan, Safee Sali mengingatkan peminat agar tidak mengharapkan perubahan drastik berlaku dengan kehadiran jurulatih Harimau Malaya yang baharu, Kim Pan Gon.
Katanya, jurulatih dari Korea Selatan itu perlu diberikan masa untuk meningkatkan prestasi Harimau Malaya dan dalam masa sama perlu menyesuaikan diri dengan budaya bola sepak tempatan.
Secara realitinya ramai meletakkan harapan yang tinggi kepada jurulatih baharu (Pan Gon) dan perkara itu akan memberi tekanan kepada barisan kejurulatihan.
Untuk mendapat keputusan drastik dengan pelantikkan beliau adalah mustahil untuk satu atau dua bulan. Corak permainan berubah juga tidak akan berlaku dalam masa singkat ini tetapi ia akan ada dan memerlukan masa.
Kita kena sabar. Apa yang paling penting, dia perlu cepat memahami budaya dan suasana bola sepak kita.
“Jangan letak harapan terlalu tinggi. Saya hanya ingin melihat dia cepat menyesuaikan diri dan dapat membentuk pasukan Harimau Malaya yang lebih kuat,” katanya.
Safee berkata demikian ketika ditemui dalam perlawanan persahabatan bola sepak amal antara Kelab Sukan Veteran Boss Gaurus dan selebriti bagi mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada dua buah badan kebajikan di sini, semalam.
Sementara itu, Pengarah Urusan Azyma Group Sdn Bhd, Ahmad Zaiem Ismail yang tampil sebagai penaja utama perlawanan amal itu, berkata ia adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilakukan oleh syarikatnya.
Kita akan mengadakan lebih banyak lagi program seperti ini bagi membantu golongan tidak berkemampuan dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia.
sumber:- BH
“Pembeli produk Azyma bukan sahaja membeli produk untuk kegunaan sendiri tetapi dalam masa sama turut menyumbang dan bersedekah,” katanya.