Sukan

Mereka tetap ‘ada kaki’

Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan tidak boleh terlalu lega sekali pun dengan ketiadaan juara bertahan, Indonesia dalam Kumpulan B pada Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Kemboja.

Pengendalinya, Brad Maloney memberi peringatan bahawa tiada laluan mudah yang boleh diharapkan anak buahnya pada temasya itu memandangkan dua lagi pasukan dalam Kumpulan B itu tetap ‘ada kaki’.

Namun, Maloney menganggap ketiadaan skuad Garuda Muda pada edisi kali ini sebagai satu kerugian, apatah lagi pasukan kebangsaan sememangnya mahu berentap dengan seteru tradisi itu.

Sayangnya Indonesia terpaksa menarik diri selepas mereka memiliki ramai pemain muda yang baik dan sebagai salah satu pasukan pilihan. Kita memang menantikan cabaran daripada mereka.

Tetapi melihat lebih jauh daripada itu, ia (penarikan diri Indonesia) tidak menjadikan perkara lebih mudah kerana kita masih perlu men3ntang Laos dan Myanmar.

“Secara jujurnya, kita juga perlu berhati-hati dengan dua pasukan ini yang sudah pasti akan memberikan t3ntangan sengit kerana masing-masing memburu keputusan yang terbaik,” kata Maloney.

Terdahulu, Indonesia terpaksa menarik diri selepas tujuh pemain dan seorang pegawai pasukan mereka disahkan positif C3VID-19.

Malah, empat pemain yang menjadi kontak rapat juga perlu menjalani kuarant!n selain sekurang-kurangnya tiga lagi pemain skuad itu dibelenggu masalah kec3deraan.

Situasi ini menyaksikan skuad negara hanya perlu mengharungi dua perlawanan dalam Kumpulan B sekali gus menyaksikan mereka kini menjadi pilihan utama untuk bergelar juara kumpulan dan melangkah ke separuh akhir.

Mengulas mengenai persiapan pasukan sebelum aksi pertama berdepan Myanmar pada Selasa ini, Maloney memaklumkan pasukannnya dapat menjalani latihan pertama di Kemboja semalam.

sumber:- BH

“Sesi latihan ini akan digunakan untuk menilai prestasi dan persembahan pemain dengan lebih sebelum membuat perancangan selanjutnya,” katanya.