Sukan

Wan Kuzri perlu cepat kalau nak main

Status atau rekod pemain ketika beraksi bersama kelab masing-masing bukanlah jaminan mereka akan mendapat laluan disenaraikan dalam skuad akhir bagi mengharungi Kejuaraan Bawah 23 (B-23) AFF 2020 di Kemboja.

Sebaliknya, pengendali skuad B-23, Brad Maloney berkata, beliau tetap melakukan saringan ketat dengan membawa pemain yang layak dan mampu membantu pasukan mencipta keputusan positif kelak.

Malah, pemain berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzri Wan Kamal juga akan melalui situasi sama apabila perlu merebut tempat dan membuktikan dia layak beraksi bersama pasukan.

Saya sudah berbual dengannya dan dia kelihatan amat berminat untuk turut serta namun kita kesuntukan masa, harap-harap dia boleh sertai skuad secepat mungkin.

Sekiranya dia kembali ke Kuala Lumpur, dia perlu menjalani kuarant!n untuk tempoh tertentu dan sebaik sahaja dia selesai urusannya di AS kita akan buat keputusan muktamad berhubung perkara ini.

“Semua orang memiliki peluang yang sama. Seperti yang saya katakan, pintu kami sentiasa terbuka, jadi masih terdapat ramai pemain yang layak menyertai pasukan ini dan kami sentiasa berfikiran terbuka mengenainya,” katanya.

Mengikut rekod, Kali terakhir pemain berusia 20 tahun itu menyertai kem latihan pusat ialah ketika bersama pasukan kebangsaan Bawah 19 Tahun pada Ogos 2020.

Skuad B-23 negara bakal mengharungi saingan Piala AFF B-23 bermula 14 Februari ini dan kini sedang menjalani latihan persiapan terakhir.

Ketika ini, skuad B-23 negara berada dalam momentum terbaik untuk menebus kehampaan skuad ‘abang’ yang terkandas di peringkat kumpulan B, Piala AFF di Singapura bulan lalu.

Prestasi pasukan muda negara dilihat pada tahap terbaik selepas layak secara merit ke Piala Asia B-23 selepas muncul juara kumpulan di peringkat kelayakan yang dilangsungkan di Mongolia pada Oktober lalu.

Berdasarkan jadual tugasan membabitkan skuad B-23 untuk tahun ini, anak didik Maloney itu bakal menyertai sekurang-kurangnya empat pertandingan terbesar bermula dengan saingan Piala AFF B-23 di Kemboja.

sumber:- BH

Ia kemudian diikuti dengan temasya Sukan Sea di Vietnam pada Mei, disusuli pusingan akhir Piala Asia di Uzbekistan dalam bulan Jun sebelum diakhiri dengan saingan Sukan Asia di Hangzhou, China, September depan.