Latihan di kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bukanlah ‘biasa-biasa’.
Hal ini kerana ada antara pemain berstatus tonggak kebangsaan pun tidak tahan hingga mengalami kec3deraan hamstr!ng sewaktu menjalani latihan bersama pasukan itu.
Situasi terbabit diakui ketua Jurulatih pasukan berkenaan Benjamin Mora yang mengesahkan pemain baharu pasukan terbabit Syahmi Safari mengalami kek3jangan di bahagian hamstr!ng sewaktu menjalani latihan bersama pasukan terbabit di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).
Mora berkata, kec3deraan terbabit kemungkinan disebabkan bekas pemain Selangor FC itu tidak biasa dengan sesi latihan bersama pasukan JDT.
Syahmi mengalami kek3jangan di bahagian hamstring kerana tidak biasa dengan sesi latihan berintensiti tinggi seperti di JDT.
“Namun beliau sudah pulih dengan baik dan akan sedia untuk beraksi sejurus selepas sesi pemvlihan,” katanya.
Sementara itu, mengenai perkembangan pasukan, Mora berkata, anak buahnya menjalani latihan yang cukup baik di Dubai selain turut dapat menyesuaikan diri dengan sistem baharu pelbagai variasi.
Perlawanan persahabatan pramusim antarabangsa juga tampak menggalakkan.
Bergson da Silva pulih daripada stomach infection yang mengakibatkan terlepas dari perlawanan terakhir.
“Hong Wan dan S Kunanlan masih tidak dapat diturunkan kerana keracvnan makanan,” katanya.
Mengikut rekod, Ketika kebanyakan pasukan Liga Malaysia mengadakan pramusim di Malaysia, JDT memilih Dubai untuk beberapa siri perlawanan persahabatan dan aktiviti bersama pasukan.
sumber:- HM
Ini adalah kali kedua JDT melawat Dubai untuk pramusim, sama seperti yang dilakukan pada tahun 2020.