Sukan

Sah buat pusingan U

Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) sekali lagi membuat kejutan apabila menyenaraikan kembali pemain import dari Argentina, Manuel Hidalgo bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

SPFC membuat pengumuman itu menerusi akaun Facebook miliknya hari ini apabila pemain tengah berusia 23 tahun itu mengesahkan menandatangani kontrak bersama skuad Tok Gajah.

Lihat siapa yang kembali!. Kami berbesar hati mengumumkan Hidalgo telah menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama Sri Pahang FC!,” katanya menerusi Facebook Sri Pahang FC.

Bintang dari Argentina itu dibawa masuk pada pertengahan musim lalu dan berjaya menambat hati penyokong dengan kelincahan dan aksi memukau di posisi sayap.

Walaupun memilih untuk beralih angin selepas kontraknya tamat pada November lalu, Hidalgo berubah fikiran dan kembali dengan misi mengecap sesuatu yang lebih besar bersama Sri Pahang musim ini.

Sebelum ini, Sri Pahang mengumumkan Muslim Ahmad yang tidak dilanjutkan kontrak bersama 14 pemain termasuk Hidalgo kembali disenaraikan dalam skuad kendalian Christophe Gamel.

Dengan pengumuman itu, Sri Pahang melengkapkan lima pemain import yang diyakini membantu memperkasakan skuad Tok Gajah musim ini,

sumber:- HM

Selain Hidalgo, empat pemain import bersama Sri Pahang musim ini ialah Mamadou Samassa dari Mali, Mahmoud Za’tara (Jordan), Johan Martial (Perancis) dan Billy Ketkeophomphone (Laos).