Sukan

Surat Pengendali baharu Malaysia tular

Pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon bersedia menyahut cabaran baru di Malaysia dengan mengakui pemain tempatan sebenarnya memiliki potensi untuk menyerlah di peringkat antarabangsa.

Pan-gon, 53, sebelum ini adalah bekas jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong dari 2012-2017, pernah beberapa kali men3ntang skuad Harimau Malaya dan aksi terakhir adalah pada 2017 ketika Kelayakan Piala Asia 2019 yang menyaksikan pasukan negara tewas 0-2 di Hong Kong.

Menerusi sepucuk surat yang ditulisnya kepada peminat bola sepak di Korea Selatan seperti mana yang tular di media sosial, Pan-gon mahu cuba mengubah nasib skuad negara dan sedia memikul cabaran itu.

“Tambahan, saya bersimpati dengan perkembangan dan potensi dimiliki skuad kebangsaan Malaysia dan visi mereka. Saya memutuskan untuk pergi ke Malaysia untuk satu cabaran baharu,” katanya yang bakal menamatkan tugasnya selaku Ketua Jawatankuasa Penyeliaan skuad kebangsaan Korea Selatan pada hujung bulan ini.

Arena Metro yang tampil mendedahkan Pan-gon calon hangat untuk dilantik bagi menggantikan Tan Cheng Hoe sebelum diumumkan secara rasmi oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Jumaat lalu, diikat dengan kontrak dua tahun, dengan baki dua tahun lagi adalah pilihan lanjutan.

Selain itu, beliau akan turut membawa empat pegawai dari Korea Selatan bagi membantunya terdiri daripada penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol, pembantu teknikal dan penganalisis.

Jelas Pan-gon lagi, beliau mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) kerana memahami dan menyokongnya untuk melebarkan sayap di Malaysia.

Selepas berakhirnya pertandingan Piala AFF (Disember lalu), saya ditawarkan peluang untuk bergelar pengendali pasukan kebangsaan oleh FAM awal tahun ini. Selepas melakukan pertimbangan sewajarnya dan perbincangan dengan KFA, saya memutuskan untuk menerima tawaran itu.

“Sekali lagi, terima kasih kepada KFA kerana menyokong keputusan yang saya lakukan walaupun ianya datang secara tiba-tiba”.

Sebelum ini, Cheng Hoe membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan pada 2 Januari lalu selepas dikrit!k hebat susulan kegagalan skuad negara melepasi peringkat Kumpulan B Piala AFF di Singapura Disember lalu.

sumber:- HM

Pan-gon dijadual tiba di Malaysia pada awal Februari ini dan beliau dijangka mengadakan kem latihan pertama pada jendela aksi antarabangsa Mac ini dengan tugasan terbesar adalah menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun nanti.