Sukan

Mana ada berat sebelah

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, menegaskan pihaknya sudah melakukan penjadualan terbaik buat semua pasukan yang bertanding.

Ia secara tidak langsung dianggap tiada unsur berat sebelah dalam penjadualan Liga Super 2022 walaupun Selangor terpaksa mengharungi tiga perlawanan terakhir di tempat lawan.

Tiada (istilah) tidak adil kepada mana-mana pasukan, semuanya akan mengharungi 12 perlawanan di tempat sendiri dan lawan.

Ini bermakna Selangor juga akan beraksi dalam tiga perlawanan berturut-turut di tempat sendiri sebab pusingan pertama dan kedua adalah sama.

“Saya harap semua pemegang taruh faham bahawa percaturan Liga Malaysia (Liga-M) bukan senang dalam pand3mik, situasi semasa, sensitiviti tempatan kerana kekurangan serta kos penerbangan yang tinggi dan juga keperluan semua pihak,” katanya di Wisma FAM hari ini.

Terdahulu, jurulatih Gergasi Merah, Michael Feichtenbeiner, mengakui situasi itu adalah pengalaman kali pertama dalam kariernya selama 30 tahun.

Namun, pengendali dari Jerman itu tetap menerima ketetapan berkenaan dengan kekuatan pasukan jadi keutamaanya.

Mungkin bagi jurulatih (asing), (perlawanan) mereka tidak (pernah) berhenti kerana (keperluan perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan Hari Keamatan dan Hari Wesak.

sumber:- SA

“Mungkin dia datang dari Eropah jadi ia budaya yang berlainan.”Ini bermakna ia bukan tidak bagus atau kurang bagus, kami juga ada kekangan tempatan sendiri,” katanya lagi.