Sukan

Bekas Pemain Liga Jerman sah import terbaharu

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengukuhkan barisan s3rangannya apabila mengikat pemain import kuota Asean, Dennis Buschening bagi saingan Liga M dan Piala AFC musim ini.

Perkembangan itu diumumkan media rasmi KDA FC hari ini sekali gus menjadikan pemain berusia 30 tahun kacukan Thailand-Jerman itu sebagai pemain import ketiga disahkan setakat ini.

KDA FC dengan ini mengumumkan pemain import baharu untuk musim 2022, Dennis Buschening dan dengan pengumuman ini, Dennis Buschening akan mengisi slot pemain import kuota Asean untuk pasukan KDA FC.

“Dennis Buschening dilahirkan di Jerman dan memiliki kerakyatan Thailand, memulakan kerjaya bolasepak remajanya di Borussia Dortmund sebelum beraksi dengan beberapa kelab di Liga German,” kata kenyataan itu.

Beraksi di posisi s3rangan, Buschening bukan lagi asing dalam kancah Liga M kerana beliau pernah bersama skuad Sabah pada musim 2020 sebelum menyertai skuad UiTM FC pada musim lalu.

sumber:- BH

Buschening menyertai skuad bawah 17 (B-17) Jerman seawal 2006 dan kemudian menyertai skuad remaja Borussia Dortmund bermula 2007 hingga 2008 selain pernah berada dalam Liga Thai bersama Buriram United pada 2013 hingga 2014.