Tonggak Selangor, Brendan Gan berazam untuk bangkit semula pada tahun ini sekali gus melupakan detik hitam pada 2021 selepas disahkan mengidap kans3r t3stis.

Brendan mahu kembali mengukuhkan reputasi dan melupakan sebahagian daripada memori pahit selepas penyakit berkenaan menghalangnya untuk beraksi dalam tempoh hampir semusim.

Pemain kelahiran Australia itu cukup dikenali sebagai individu yang memiliki semangat juang tinggi, tidak kira ketika dalam mahu pun di luar padang.

Tahun 2021 harus menjadi tahun yang patut diingati. Cabaran demi cabaran tetapi ia juga sudah pun menunjukkan betapa kuatnya kita dan sejauh mana kita mampu berkembang dalam apa jua keadaan.

“Tidak sabar untuk mengharungi 2022 tetapi dalam kehidupan sekarang, kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku esok,” katanya di laman sosial Instagram.

Kans3r t3stis dihidapinya menjadi ujian terbesar buat tonggak Harimau Malaya ini selepas kejayaannya dua kali bangkit daripada kec3deraan,(ACL).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon sebelum ini mengesahkan yang Brendan sudah pun pulih dan khidmat pemain 34 tahun itu terus ditagih Red Giants untuk musim depan.

Selangor dalam kenyataannya sebelum ini mengakui Brendan tidak hanya terhad sebagai pemain sebaliknya menjadi tokoh penting dan menjadi simbol inspirasi buat pasukan.

sumber:- HM

Disebalik keyakinan pasukan untuk melihat kebangkitan semula Brendan, pengurusan Selangor juga akan terus menyokong pemain itu untuk kembali ke prestasi terbaik.