Sukan

Ronaldo mahu ke Barcelona

Cristiano Ronaldo menawarkan dirinya kepada Barcelona selepas dia tidak gembira di Manchester United, menurut laporan hari ini.

Bintang Portugal itu menghubungi pertahanan tengah Barca, Gerard Pique dan meminta menyampaikan hasrat perpindahan kepada pengurus Nou Camp, Xavi.

Ejennya, Jorge Mendes sudah pun berunding dengan Presiden Barca, Joan Laporta, menurut Mundo Deportivo.

Ronaldo tahu kelab Catalan itu yang berdepan masalah kewangan sedang mencari penjaring gol. Dia dikatakan menghubungi Xavi beberapa hari lalu hasil usaha bekas rakan sepasukannya di United, Pique.

Mendes mempunyai hubungan baik dengan Laporta dan kedua-duanya sudah pun berunding mengenai perpindahan itu.

Ada di antara pengurusan Barca pada mulanya menganggap perpindahan legenda Real Madrid sekadar jenaka ketika kali pertama mendengar mengenainya.

Ronaldo dikatakan tidak gembira di Old Trafford ketika pasukan masih bergelut dengan prestasi walaupun dia sendiri tidak ketandusan jaringan dan pemain berusia 36 itu juga tidak yakin dengan kaedah Ralf Rangnick.

Xavi ketika ditemui Pique berkata: “Gol dan pengalaman boleh dia berikan kepada kami, ia tidak dinafikan.”

sumber:- HM

Kali terakhir Ronaldo beraksi di Nou Camp ketika bersama Juventus tahun lalu. Dia meledak dua penalti sekali gus jaringan ke-34nya dalam karier ketika menentang Barcelona .