Sukan

Drama tiga kad merah Indonesia dan Singapura

Indonesia menempah tiket ke final Piala AFF 2020 apabila menyingkirkan Singapura 5-3 secara agregat dalam saingan dramatik di Stadium Nasional, sebentar tadi.

Jaringan sendiri Shawal Anuar dan Egy Maulana Vikri pada masa tambahan mengecewakan Singapura yang terpaksa beraksi dengan lapan pemain 4-2 pada aksi separuh akhir kedua itu.

Indonesia di depan seawal minit ke-10 menerusi Ezra Walian sebelum Singapura beraksi dengan 10 pemain apabila Safuwan Baharudin dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-45.

Namun, itu tidak menghalang Singapura mendapatkan gol penyamaan menerusi Song Ui Yong di penghujung babak pertama sebelum mereka kehilangan seorang lagi pemain, Irfan Fandi pada minit ke-66 susulan layangan kad merah.

Stadium Nasional ‘meletvp’ pada minit ke-75 apabila sepakan percuma Shahdan Sulaiman menerjah gawang Indonesia sebelum Pratama Arhan memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan dengan gol kedua Indonesia pada minit ke-87.

Peluang Singapura ke final terbuka luas apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti di hujung permainan namun Faris Ramli mensia-siakan kesempatan terbaik itu apabila penaltinya ditepis Nadeo Argawinata.

sumber:- BH

Singapura kehilangan seorang lagi pemain di penghujung masa tambahan, kali ini giliran penjaga gol mereka, Hassan Sunny dilayangkan kad merah sehingga memaksa striker, Ikhsan Fandi menjadi penjaga gol gantian.