Anak legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad muncul penyelamat buat pasukan Singapura selepas berjaya mengikat Indonesia 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Singapura.
Ikhsan Fandi yang kini meneruskan legasi bapanya bijak melepaskan diri daripada perangkap ofsaid pada minit ke-70 untuk memadamkan gol awal skuad Garuda di babak pertama.
Indonesia yang menewaskan skuad Harimau Malaya 1-4 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B pada Ahad lalu, terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Witan Sulaiman di minit ke-28.
Begitupun, Singapura tidak berputus asa dan akhirnya Ikhsan berjaya mengikat kedudukan 1-1.
Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi dalam aksi separuh akhir kedua Sabtu ini bagi menentukan tiket ke final.
sumber:- HM
Satu lagi aksi separuh akhir pertama akan berlangsung esok membabitkan juara bertahan, Vietnam berdepan juara lima kali, Thailand.