Kelemahan skuad Harimau Malaya didakwa sudah dihidu barisan jurulatih Indonesia dari awal sebelum perlawanan terakhir Kumpulan B saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura, Ahad lalu.
Ia selepas satu video perancangan taktikal jurulatih Indonesia, Shin Tae yang dipercayai dilakukan sebelum perlawanan itu di dalam bilik persalinan, kini tersebar menerusi media sosial.
Menerusi video berdurasi satu minit 15 saat itu memaparkan Tae Yong memaklumkan beberapa strategi yang perlu dilakukan pemain untuk memerangkap anak buah Tan Cheng Hoe.
Antara arahan yang diberikan Tae Yong meminta pemainnya mengatasi dua pemain Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar dan Junior Eldstal dengan menggelecek serta menggunakan kepantasan.
(Jersi) nombor 5 (Eldstal) dan 8 (Baddrol), mereka tidak memiliki kepantasan. Kalau menggelecek pasti akan terlepas juga, percaya pada diri dan bermain.
Nombor 2 baru sampai ke sini (Singapura), kalau main 30 minit pasti akan penat sendiri. Bermain secara agresif, main di bahagian tepi (kiri) kerana dia tak boleh menggunakan kaki kiri.
“Nombor 2 dan 5 (fizikal) sangat tinggi. Jadi kalau tiada pilihan lagi, hantar sahaja (bola) di ruang kosong di depan, harus agresif mencari ruang kosong,” kata Tae Yong dalam bahasa Korea dan diterjemah dalam bahasa Indonesia oleh perterjemah pasukan.
sumber:- HM
Walaupun ia mungkin taklimat taktikal yang biasa dilakukan mana-mana jurulatih sebelum perlawanan, namun perancangan strategi yang dilakukan Tae Yong itu seakan berhasil apabila Indonesia banyak mengucar-kacirkan benteng skuad Harimau Malaya terutama di bahagian tepi.