Sukan

Safee Sali dedah punca kegagalan Malaysia

Kegagalan skuad Harimau Malaya di kempen Piala AFF di sini berpunca daripada projek naturalisasi yang dilancarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2018 lalu.

Menurut bekas striker negara, Safee Sali, idea program naturalisasi baginya tidak membuahkan hasil dan ia terbukti apabila skuad kendalian Tan Cheng Hoe terkandas seawal peringkat kumpulan saingan serantau itu.

Tahniah Garuda (pasukan Indonesia). Kita harus mengakui kekalahan. Harimau Malaya perlu membuat ‘post mortem’ untuk mengenal pasti masalah yang ada.

“Bagi saya, sejak projek pemain naturalisasi diperkenalkan, ini menjadi punca terbesar pasukan negara,” katanya yang pernah membantu skuad negara menjulang Piala AFF pada 2010 lalu.

Pandangan Safee itu ditulisnya di Iaman sosial miliknya selepas melihat skuad negara tewas 1-4 di tangan Indonesia sekali gus meranapkan impian jutaan peminat tempatan untuk melihat Harimau Malaya beraksi di separuh akhir.

Projek naturalisasi diilhamkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pada 2018 sebagai program jangka pendek bagi menaikkan semula imej bola sepak negara di pentas antarabangsa.

Tiga pemain luar negara berjaya dinaturalisasikan bermula Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula.

Dia yang turut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pada saingan sama 11 tahun lalu itu mengakui menyimpan hasrat kembali ke pangkuan skuad kebangsaan.

“Walaupun saya tak main, tetap menjadi trending nombor 1 di Twitter. Mungkin saya kena main baru tak trending kot,” katanya.

Indonesia dan Vietnam menjadi pasukan dari kumpulan B yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan akan menghadapi Thailand serta Singapura dari kumpulan A.

sumber:- HM

Indonesia akan turun men3ntang Singapura manakala Thailand akan berdepan tugas sukar apa ada menghadapi Vietnam. Perlawanan pertama peringkat separuh akhir akan berlangsung pada 22 dan 23 Disember ini.