Sukan

Luahan Dominic Tan bersama kelab Thailand

Tonggak pertahanan, Dominic Tan mengakui kekurangan minit permainan bersama kelabnya antara punca mengapa dirinya gagal menyerlah ketika aksi men3ntang Vietnam, Ahad lalu yang menyaksikan skuad Harimau Malaya tumbang 0-3.

Jelasnya, sepanjang beraksi dengan kelab Thailand, Police Tero musim ini, dia lebih banyak memanaskan bangku simpanan dan jarang beraksi.

Disebabkan itu, dia berharap penghijrahannya ke pasukan Sabah FC dalam saingan Liga Super musim depan dapat membuka peluang buatnya kembali beraksi secara lebih kerap.

Saya sekarang kat (kelab) Police Tero tak dapat berapa minit permainan yang saya ingin nak dapat.

Bukan mudah untuk saya kerana lama tak main perlawanan intensiti yang tinggi. Dah tentu minit permainan salah satu amat penting dalam bola sepak dan itu yang kekurangan buat saya.

“Sebab itu saya pilih untuk pergi dengan Datuk Ong (Kim Swee) ke Sabah supaya saya dapatkan minit permainan,” katanya yang mula menyertai kelab Thailand itu pada 2019 lalu.

Terdahulu, Dominic dikecam peminat dan bekas pemain kebangsaan yang dikatakan punca buat ‘lubuk’ pasukan ketika tewas kepada Vietnam.

Khidmatnya dijangka akan terus dipertaruhkan apabila berdepan Indonesia di Stadium Nasional Singapura, Ahad ini selepas dua tonggak utama iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Saad terpaksa diketepikan ekoran kec3deraan.

sumber:- HM

Dominic akan digandingkan dengan pemain kacukan yang berpangkalan di Eropah, Dion Cools.