Sukan

Reaksi Cheng Hoe kehadiran Dion Cools

Harimau Malaya tempang tanpa dua pemain selepas Tan Cheng Hoe mengesahkan ketiadaan Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Shahrul Saad untuk aksi men3ntang Indonesia, Ahad ini.

Dua pertahanan tengah dilanda kec3deraan hamstr!ng dan gagal menamatkan permainan ketika tewas kepada Vietnam dalam perlawanan ketiga, Piala AFF, tiga hari lalu.

Malangnya kedua-dua mereka akan tersisih ketika bertemu Indonesia dan akan kembali menyertai pasukan secepat mungkin.

“Apa yang paling penting kami fokus kepada perlawanan menentang Indonesia dan ia merupakan halangan besar.”Saya berharap kedua-dua pemain ini sedia (diturunkan lagi) selepas ini,” kata pengendali negara itu ketika ditemu bual dalam talian.

Ia situasi yang kurang disenangi tatkala Malaysia yang menduduki tangga ketiga amat memerlukan kemenangan bagi mencerahkan peluang melolosi Kumpulan B.

Bagaimanapun, Cheng Hoe tidak panik kerana bantuan dari Belgium, Dion Cools, yang bakal tiba pada Jumaat ini dan tidak perlu menjalani kuarant!n, lalu boleh terus dipersiapkan untuk men3ntang skuad Garuda.

Dion Cools memaklumkan bahawa dia sudah bersedia untuk kempen Piala AFF. Sudah tentu dia akan menggunakan pengalaman dan ketenangannya, dia mampu menyesuaikan diri dengan pasukan sekalipun kali terakhir beraksi untuk negara pada Jun lalu.

“Saya harap pada kali ini dia mampu menggunakan pengalamannya bagi memberikan kestabilan kepada pasukan,” katanya lagi.Selain itu, Cheng Hoe juga masih memantau tiga pemainnya yang terdiri daripada Khairul Azhan Khalid, Faisal Halim dan Quentin Cheng, yang kini sudah tamat perintah 10 hari kuarant!n gara-gara C0VID-19.

Striker R Kogileswaran pula mengambil sikap optimis Harimau Malaya akan bangkit untuk mara ke separuh akhir biarpun dilanda pelbagai mvsibah, khususnya dengan kekalahan 0-3 kepada skuad Naga Emas.

Adalah normal dan memang sedih dengan kekalahan lalu tetapi apa yang paling penting ia bukan pengakhiran buat skuad kebangsaan. Kami perlu segera melupakan kekalahan kepada Vietnam untuk berdepan Indonesia.

sumber:- astro arena

“Tetapi pemain sudah menelan keputusan itu dan kami memberi fokus kepada sesi latihan agar lebih bersedia untuk bermain bermat!-mat!an bertemu Indonesia,” kata pemain Petaling Jaya City tersebut.