Sukan

Setiap yang datang akan pergi

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan tidak akan menyambung kontrak pemain sayap kiri pasukan itu, Gonzalo Cabrera bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) dan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

Menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers yang dimuatnaik mengucapkan terima kasih kepada Cabrera yang tidak akan bersama skuad Harimau Selatan musim depan.

Ia pengalaman bersama yang akan sentiasa dikenang, memenangi pelbagai trofi dan menjaringkan begitu banyak gol untuk menjadi penjaring terbanyak kelab berkenaan.

Dengan menjaringkan 43 gol sepanjang bersama JDT dalam saingan Liga Super dan juga 66 gol dalam semua pertandingan tatkala membuat 152 penampilan sejak musim 2017.

“Sudah tiba masanya untuk berpisah tapi ia penghormatan yang amat besar. Terima kasih sekali lagi untuk setiap detik yang indah dan kami ucapkan selamat maju jaya,” kata kenyataan itu.

Sepanjang bersama JDT, Cabrera membantu pasukan itu untuk muncul juara liga sejak 2017 hingga 2021 manakala memenangi Piala Sumbangsih sejak 2018 hingga 2021 selain membantu skuad Harimau Selatan muncul juara Piala Malaysia 2018 dan 2019.

Walaupun pada awalnya nama Cabrera disebut-sebut untuk menjadikannya pemain naturalisasi namun dengan pengumuman itu tiada kelibat pemain kelahiran Buenos Aires, Argentina akan mewarnai skuad Harimau Malaya selepas beraksi di Liga M selama lima musim.

sumber:- HM

Ketika ini Shane Lowry mengisi slot kuota Asia dan dengan ketiadaan Cabrera kemungkinan JDT akan membawa masuk tonggak import bagi menguatkan jentera s3rangan namun belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pengurusan kelab berkenaan.