Sukan

Perlawanan Antara  Malaysia dan Vietnam tercemar

Perlawanan Antara  Malaysia dan Vietnam di Stadium Bishan, di sini tercemar gara – gara kegiatan ulat tiket di luar perkarangan venue cukup bermaharajalela.

Menerusi tinjauan Arena Metro, ulat tiket menawarkan harga sehingga 200 dolar Singapura atau bersamaan RM617 sekeping, sedangkan harga asal tiket hanyalah 25 dolar (RM77.32).

Walaupun harga dijual oleh ulat tiket naik berganda, peminat tetap membelinya dengan sasaran ulat tiket adalah kepada penyokong Vietnam.

Salah seorang penyokong skuad Harimau Malaya, K Saravanan yang gagal mendapatkan tiket aksi ketiga skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu mengakui kecewa dengan senario itu.

Katanya, dia sudah mencuba untuk membeli secara atas talian namun gagal kerana sudah habis terjual.

Namun sebaik tiba di perkarangan stadium, dia terkejut apabila mendapati ulat tiket menjualnya semula dengan harga yang mahal.

Saya dah cuba nak beli daripada minggu lepas lagi tapi dah habis.

Bila datang sini tadi tengok ada pula ulat tiket yang jual. Mereka ini pun mungkin beli secara atas talian, tapi tak tengok pun perlawanan.

Sebaliknya buat jadikan ia peluang perniagaan pula dengan cuba jual semula dengan harga yang berlipat kali ganda.

“Cara ini tak betul. Kalau tak nak tengok, jangan beli. Saya tak mampu nak bayar sampai 200 dolar kerana ia cukup mahal,” katanya yang berasal dari Kulim.

Tinjauan mendapati individu yang menjual adalah rakyat tempatan di sini.

sumber:- HM

Malah, hasil tinjauan juga mendapati ramai penyokong Malaysia terpaksa pulang hampa selepas gagal mendapatkan tiket aksi terbabit.