Sukan

Sudah pasti ia kehilangan terbesar buat pasukan

Kita berdoa agar tak ada lagi pemain yang p0sitif C0VID-19 lagi termasuk Safawi Rasid”.

Itu harapan dan doa yang diluahkan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang mengakui Safawi antara pemain yang sedang dipantau rapi agar tidak dijangkit! C0VID-19.

Ini kerana jelas Cheng Hoe, Safawi adalah rakan sebilik Akhyar Rashid yang disahkah p0sitif C0VID-19 semalam sekali gus terpaksa diketepikan bagi menjalani proses kuarant!n selama 10 hari bersama seorang lagi pemain iaitu Quentin Cheng.

Menurut jurulatih yang berasal dari Kedah itu, Safawi dan barisan pemain lain ketika ini tidak menunjukkan apa-apa simptom dan beliau berharap tiada lagi pemain negara dijangkiti.

Memang pemain di sini duduk satu bilik dua orang. Memang duduk sekali (Safawi dan Akhyar), tapi benda ini kita tak pasti lagi adakah 100 peratus boleh berjangk!t.

Buat masa ini Safawi dalam keadaan yang terbaik. Safawi pun tak cakap apa-apa tentang tahap kesihatan, nampak dia sihat dan bersemangat. Pemain-pemain lain pun sama, tak ada sebarang simpt0m.

“Saya harap dan jom kita berdoa supaya tak ada lagi pemain yang positif selepas ini,” katanya yang bakal berdepan ‘buku dengan ruas’ pada aksi ketiga kempen Piala Suzuki AFF 2020 men3ntang juara bertahan, Vietnam di Stadium Bishan, Ahad ini.

Safawi ketika ini berada pada prestasi terbaik selepas mel3dak hatrik men3ntang Laos serta satu gol ke atas Kemboja, dan sekiranya pemain sayap dijangk!ti sudah pasti ia kehilangan terbesar buat pasukan.

Terdahulu, empat pemain iaitu Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim disahkan positif selepas membuat ujian calitan di Lapangan Terbang Changi sebaik tiba di Singapura, Jumaat lalu sebelum giliran Akhyar dan Quentin pula disahkan p0sitif pagi semalam.

Skuad negara yang diletakkan dalam Kumpulan B berjaya meraih enam mata maksimum dalam dua perlawanan apabila mudah menundukkan Kemboja 3-1 dan Laos 4-0.

sumber:- BH

Ketika ini, Malaysia memimpin carta kumpulan dengan diekori rapat Indonesia dan Vietnam di belakang di tangga kedua dan ketiga, manakala Laos serta Kemboja mengisi dua kedudukan tercorot.