Sukan

Bukan Hanya Pasukan Malaysia Terlibat

Jawatankuasa Penganjuran Piala AFF edisi ke-13 di sini mengesahkan sehingga kini terdapat lima kes p0sitif C0vid-19.

Daripada lima kes terbabit, empat daripadanya dari skuad Harimau Malaya manakala satu lagi pasukan Kemboja.

Menurut laporan media tempatan di sini, pihak penganjur sentiasa memantau situasi semasa dan tidak menolak kemungkinan akan mengetatkan lagi pergerakan pemain dan pegawai bagi mengelak daripada dijangk!ti C0vid-19.

“AFF dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tertentu mengenai langkah yang sesuai, termasuk peraturan yang lebih ketat, sekiranya terdapat peningkatan dalam bilangan kes,” kata laporan dari sumber rapat penganjur tempatan.

Namun, dalam kalangan kes p0sitif itu, tiada var!an Omicr0n yang dilaporkan sehingga kini.

“Kami sedang memantau individu-individu ini dan keadaan mereka setiap hari… sehingga kini tiada tanda-tanda menunjukkan bahawa kes (C0vid-19) yang aktif adalah kes var!an Omicr0n,” katanya.

Bagi kes p0sitif dari pasukan Kemboja, tidak dapat dipastikan siapakah individu yang dijangk!ti namun berdasarkan ujian cal!t sememangnya terdapat satu kes dalam pasukan itu.

Sumber itu juga memberitahu bahawa seorang pemain Myanmar juga ditempatkan dalam pengas!ngan sebelum ini, tetapi individu itu kini bebas untuk berlatih dan beraksi dalam perlawanan.

“Seorang pemain Myanmar juga sebelum ini ditempatkan dalam pengas!ngan tetapi keputusannya (bagi C0vid-19) dipadamkan pada 6 Disember kerana ia adalah p0sitif palsu.”

Terdahulu, empat pemain Malaysia disahkan p0sitif bermula dengan penjaga gol, Khairulazhan Khalid dan tonggak sayap, Faisal Halim sebelum dua lagi menyusul, iaitu Akhyar Rashid dan Quentin Cheng.

sumber:- HM

Pemain yang didapati p0sitif perlu menjalani proses pengas!ngan di bilik hotel masing-masing sehingga diuji negatif.