Prestasi memberangsangkan Arif Aiman Hanapi ketika aksi berdepan Laos semalam, pasti melegakan kem skuad Harimau Malaya selepas ketiadaan Akhyar Rashid untuk berdepan Vietnam dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Bishan, pada Ahad.

Akhyar bakal terlepas akhir ketiga Kumpulan B men3ntang juara bertahan itu selepas didapati p0sitif C0VID-19 bersama seorang lagi pemain skuad kebangsaan, Quentin Cheng.

Pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi bagaimanapun menganggap Arif Aiman mampu menggalas tugas di bahagian sayap skuad Harimau Malaya untuk berdepan anak buah Park Hang-seo.

Melihat kepada ketiadaan Akhyar, kita harap Arif Aiman dapat menampung kekosongan itu. Kita sudah lihat Arif Aiman pun mampu sebenarnya untuk beraksi di posisi itu seperti yang kita jangka, katanya kepada BH Sukan.

Arif Aiman yang juga Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia 2021 mempamerkan aksi terbaik ketika membantu skuad Harimau Malaya menewaskan Laos 4-0, semalam dengan dia membantu Safawi Rasid mel3dak gol pertama pasukan pada minit ketujuh.

Akhyar dan Quentin yang terlepas aksi berdepan Laos selepas didapati p0sitif C0VID-19 dalam ujian yang dilakukan sebelum itu dan perlu menjalani pengas!ngan selama 10 hari.

Mohd Yusoff bagaimanapun menjelaskan ujian akan dilakukan setiap hari ke atas pemain yang positif dan mereka berdua boleh menyertai pasukan semula sekiranya keputusan ujian bertukar negatif.

Selain mereka, dua lagi pemain skuad Harimau Malaya iaitu penjaga gol, Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim terlebih dahulu positif C0VID-19 dan terlepas dua aksi awal pasukan kebangsaan.

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata pihaknya masih menunggu status Khairulazhan sebelum membuat keputusan memanggil penjaga gol baharu walaupun sudah mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF).

sumber:- BH

“Kita ada rehat lebih kurang seminggu (selepas berdepan Vietnam) yang mana 19 Disember baru jumpa Indonesia. Jadi saya rasa lebih baik kita tunggu apa status Khairulazhan dulu sebelum kita bawa penjaga gol lain,” katanya.