Sukan

Saya tak pernah cakap, Boleh semak

Penjaring hatrik negara, Safawi Rasid mengakui sokongan dan dorongan daripada rakan sepasukan membolehkan dia kembali bangkit sekali gus membantu skuad Harimau Malaya melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Laos pada saingan Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, di sini sebentar tadi.

Safawi, 24, mel3dak tiga gol masing-masing pada minit keenam, 34 dan 80, manakala satu lagi gol disumbangkan tonggak pertahanan negara, Shahrul Saad untuk melengkapkan hari gemilang buat Malaysia.

Bagi saya sebelum ini saya tak pernah cakap yang saya bintang dan boleh semak temubual saya sebelum ini. Rakan-rakan sepasukanlah buatkan saya kembali semula.

“Terima kasih kepada Allah. Syukur saya kembali menemui semula prestasi dan saya perlu terus tingkatkan permainan saya untuk aksi-aksi berikutnya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Dengan tiga gol yang dicetak Safawi, dia kini adalah pendahulu penjaring terbanyak kejohanan dengan empat gol selepas turut menemui jaring ketika aksi pertama men3ntang Kemboja menerusi kemenangan 3-1 Isnin lalu.

Dia kini berpeluang untuk merebut Anugerah Kasut Emas yang kali terakhir dimenangi pemain negara pada kempen 2010 menerusi Safee Sali.

Malah, tahun berkenaan adalah memori indah buat skuad Harimau Malaya yang menjulang Piala AFF buat pertama kali dan mungkinkah skuad kendalian Tan Cheng Hoe berpeluang membolot dua trofi iaitu Piala AFF dan Kasut Emas.

Hasil kejayaan mengutip tiga mata itu, skuad negara kini memimpin carta Kumpulan B dengan enam mata.

sumber:- BH

Selepas ini, Malaysia akan berdepan juara bertahan Vietnam di Stadium Nasional Singapura, Ahad ini.