Sukan

Aksi De Paula paling depan pimpin nyanyian lagu Negaraku

Siapa kata penyokong Harimau Malaya ‘bengang’ dengan Guilherme de Paula! Ini kerana sepanjang aksi Malaysia men3ntang Laos di Stadium Bishan menyaksikan penyokong sentiasa melaungkan nama striker naturalisasi negara itu.

Hampir 200 peminat yang hadir mahukan pengendali negara, Tan Cheng Hoe memasukkan De Paula khususnya selepas pasukan mendahului 2-0 pada babak pertama.

Akhirnya harapan menggunung penyokong tegar Harimau Malaya itu menjadi kenyataan apabila pemain kelahiran Brazil itu dimasukkan pada minit ke-81 bagi menggantikan Safawi Rasid.

Kemasukan De Paula mendapat tepukan gemuruh peminat di stadium dan ayam tambatan Johor Darul Ta’zim (JDT) sempat ‘berpeluh’ sebelum aksi ditamatkan oleh pengadil, Ammar Ebrahim Hasan dari Bahrain.

Malah, sejurus berakhir perlawanan, bekas pemain Selangor, Kuala Lumpur dan Perak itu berdiri paling depan memimpin nyanyian lagu Negaraku yang didendangkan penyokong di stadium.

 

Sebenarnya tidak semua penyokong Malaysia yang marah terhadapnya dan itu dibuktikan dalam aksi kedua Kumpulan B saingan Piala AFF di sini.

Apapun, De Paula harus meningkatkan lagi prestasinya selepas beberapa striker tempatan mula mempamerkan taring dengan Safawi Rasid m3ledak hatrik membantu pasukan memb3lasah Laos 4-0.

Aksi terbaik Luqman Hakim Shamsudin dan Shahrel Fikri di jentera s3rangan ketika ini, perlu diambil serius oleh De Paula bagi merebut kembali posisinya untuk baki dua lagi aksi Kumpulan B men3ntang Vietnam dan Indonesia.

sumber:- HM

Hasil kemenangan besar ke atas Laos itu, skuad negara kini memimpin carta kumpulan dengan enam mata selepas turut meraih tiga mata ke atas Kemboja, Isnin lalu.