Sukan

Terima Kasih JDT — Matthew Davies

Jawapan ketiadaan pertahanan kanan negara, Matthew Davies bersama skuad Harimau Malaya di Piala AFF di sini akhirnya terjawab apabila Davies selamat menjalani pemb3dahan hernia di Jerman.

Keputusan menggugurkan namanya sebelum ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat tanahair.

Antara alasan pengguguran pemain kacukan Australia-Malaysia itu sebelum ini adalah faktor kec3deraan, meskipun dia dilihat beraksi cukup baik bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final Piala Malaysia men3ntang Kuala Lumpur City (KL City FC) pada 30 November lalu.

Menerusi perkongsian di laman sosial, Davies gembira pemb3dahan itu berjaya dan mengakui sudah menanggung d3rita kesak!tan itu selama enam bulan. “Pemb3dahan hernia sukan yang berjaya di Jerman. Tidak sabar beraksi tanpa kesakitan selepas kesakitan selama enam bulan. Terima kasih kepada JDT kerana membantu mengatur [pemb3dahan] oleh salah seorang pakar bedah terbaik di dunia untuk menyelesaikan masalah ini. Kini masanya untuk berehat dan menikmati cuti,” katanya.

Davies, 26, mula menyertai skuad senior sejak 2015 dan dianggap tonggak utama pasukan negara di posisi pertahanan kanan.

sumber:- HM

Ketiadaannya di Piala AFF diisi seorang lagi tonggak berwibawa, Rizal Ghazali yang setakat ini berjaya membantu pasukan menewaskan Kemboja 3-1 pada aksi pertama Isnin lalu.