Kejayaan Kuala Lumpur City (KL City) menjuarai Piala Malaysia walaupun dilabel pasukan bukan pilihan atau ‘underdog’ boleh dijadikan inspirasi buat Harimau Malaya pada kempen Piala AFF 2020.

Ia selepas skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang memegang status naib juara pada edisi 2018 berdepan banyak rintangan besar termasuk persiapan singkat, tiada aksi pemanas badan dan terpaksa melepaskan beberapa pemain yang dikehendaki.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tetap menaruh keyakinan terhadap kemampuan Harimau Malaya sambil mengambil contoh kemenangan tidak diduga pasukan KL City ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final Piala Malaysia, Selasa lalu.

Saya berpendirian pasukan kita sudah bersedia. Namun dalam sukan bola sepak ini kita pernah tengok di pertandingan akhir Piala Malaysia, JDT men3ntang KL City.

“Semua orang kata JDT akan menang besar, namun akhirnya KL City berjaya merangkul kejuaraan. Begitu juga dengan pasukan bola sepak negara kita, mungkin persiapan dibuat dan pemain berada di tahap yang terbaik namun bola itu bulat, apa juga boleh berlaku,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media selepas hadir merasmikan dan menyampaikan anugerah pada Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2021 Peringkat Kebangsaan di Hotel Casuarina Meru, di sini hari ini.

Harimau Malaya akan membuka tirai Kumpulan B saingan Piala AFF menentang Kemboja di Stadium Bishan, Singapura, esok sebelum berdepan Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia (19 Disember).

Selain itu, Ahmad Faizal berharap seluruh penyokong dapat memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak negara untuk mencipta kejayaan.

‘Sebagai peminat bola sepak, saya dan semua penyokong dapat memberi sokongan kepada pasukan yang akan membawa nama negara.

sumber:- BH

“Jika jatuh kita bangkit semula, apa juga keputusannya kita perlu belajar dan terus memperbaiki prestasi kita,” katanya.