Sukan

Status Masih samar-samar

Status lima pemain import Sri Pahang FC musim ini sama ada dikekalkan atau tidak bagi saingan Liga Malaysia musim 2022 akan terjawab dalam tempoh terdekat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, setakat ini, kelab itu masih berbincang mengenai status lima import terbabit.

Setakat ini, pengurusan tertinggi belum membuat sebarang keputusan untuk mengekalkan lima pemain import ini atau menyenaraikan import baharu musim depan.

“Segalanya akan terjawab dalam tempoh terdekat ini untuk memastikan Sri Pahang tampil dengan prestasi lebih bagus berbanding musim ini,” katanya.

Musim ini, Sri Pahang menampilkan lima pemain import iaitu Herold Goulon dari Perancis, Aung Kaung Mann (Myanmar), Manuel Hildago (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Athiu (Australia).

Namun, dengan prestasi yang kurang memuaskan, Sri pahang dijangka melakukan perubahan.

Mengulas kedudukan Lee Tuck dan Sergio Aguero, masing-masing yang dipinjamkan kepada Terengganu FC (TFC) dan Perak FC, Mohammed Suffian mengesahkan dua pemain import itu akan bersama skuad itu musim depan.

“Lee Tuck dan Aguero akan kembali bersama Sri Pahang. Dengan pengalaman dan prestasi memberangsangkan, Sri Pahang mahu mereka dapat beraksi lebih baik musim depan.

“Ini kerana kita mahu Sri Pahang dapat memberikan saingan dan meraih keputusan lebih baik,” katanya.

sumber:- HM

Musim ini, Sri Pahang menamatkan kedudukan ke-10 dalam saingan Liga Super manakala Piala Malaysia sekadar beraksi di peringkat kumpulan.