Adakah aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini akan menjadi satu perlawanan berat sebelah?

Ia selepas ramai yang menganggap Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan laluan mudah untuk menjinakkan Kuala Lumpur City (KL City) dan mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada 2019.

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh juga menyifatkan Harimau Selatan memiliki 90 peratus peluang untuk muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga.

Malah, beliau yang lebih dikenali sebagai Shebby berkata hanya 10 peratus kemungkinan JDT boleh gagal di final dan itu pun atas faktor nasib malang, bukannya kerana kekuatan dari KL City.

JDT pasukan pilihan dari segi corak permainan dan kebolehan individu. Antara dua pasukan ini, memang sukar kalau kita nak cari sebab JDT tak boleh menang.

“Bagi saya 90 peratus (peluang JDT juara), yang 10 peratus lagi nasib malang. Nasib malang sahaja yang boleh menghalang JDT daripada menjadi juara,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Walaupun tidak dianggap sebagai pasukan gergasi dalam Liga Malaysia (Liga M), tetapi persembahan KL City dalam Piala Malaysia musim ini agak luar biasa dan rekod pertemuan mereka dengan JDT dalam Liga Super juga tidaklah terlalu buruk apabila terikat 1-1 di gelanggang sendiri dan tewas tipis 1-2 di Stadium Sultan Ibrahim.

Namun, Shebby yang juga pengulas dan pengkritik sukan bola sepak menegaskan rekod pertemuan dalam liga tidak boleh diambil kira untuk perlawanan di peringkat kalah mat! terutama final Piala Malaysia.

Pasukan Terengganu dalam Liga Super pun kalahkan JDT di Stadium Sultan Ibrahim. Jadi persembahan dalam liga memang tak boleh diambil kira, ia berbeza. Tekanan di final lain, kita tak boleh samakan dengan liga.

Apa yang harus KL City elak adalah jangan bolos gol minit awal. Sebab JDT memang sudah jadi tabiat mereka akan cari gol awal dan selepas itu mengawal tempo perlawanan.

sumber:- HM

“Kekuatan JDT pada musim ini lebih kepada berpasukan dan bukannya individu. Semalam (lawan Terengganu FC) tiada Leandro, walaupun beraksi tanpa perancang tapi tetap boleh dapat tiga gol,” katanya.