Sukan

Reaksi Mora perlawanan panas malam tadi

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Moera teruja selepas skuad bimbingannya mara ke pentas final Piala Malaysia apabila menang 4-1 secara agregat menewaskan Terengganu FC (TFC) pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Lawan JDT selaku juara bertahan adalah Kuala Lumpur City FC (KL City FC) yang turut mara ke final piala berprestij edisi ke-100 selepas menang ke atas Melaka United (MU) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti sekali gus menyaksikan JDT dan KL City FC akan membuat penentuan terakhir di Stadium Bukit Jalil, Selasa ini.

Bagi Mora, pert3mbungan men3ntang skuad kendalian Bojan Hodak dianggap epik memandangkan JDT akan melawan bekas jurulatih pasukan itu yang pernah membimbing skuad Harimau Selatan untuk muncul naib juara piala berprestij pada musim 2014.

Ia bakal menjanjikan final yang menarik kerana Bojan (Hodak) pernah bersama JDT dan menjuarai Piala Malaysia tapi itu cerita lama dan episod baharu yang saya dan beliau akan hadapi pada Selasa ini dan masing-masing tahu kekuatan dan kelemahan yang ada.

“Buat masa ini saya mahu tumpukan proses pemulihan pemain. Kami tidak mempunyai rehat yang mencukupi dan ia penting bagi memastikan pemain JDT bersedia men3ntang KL City FC ,” katanya.

JDT melakar pencapaian terbaik dalam saingan piala berprestij itu apabila membuat penampilan kali keempat dalam tempoh lapan tahun dengan muncul naib juara pada musim 2014 dan muncul juara pada musim 2017 dan 2019.

Ditanya mengenai resepi kejayaan JDT yang mudah menewaskan skuad kendalian Nafuzi Zain pada aksi separuh akhir kedua, malam tadi, pengendali kelahiran Mexico itu menegaskan perubahan formasi permainan beri impak positif dalam tempoh 15 minit selepas berjaya menjaringkan tiga gol mengatasi TFC.

Katanya, JDT tampil dengan formasi 3-5-2 dengan lebih memberi penekanan untuk meny3rang bagi membvru gol awal dan ia berhasil menerusi dua gol oleh Bergson Da Silva pada minit keenam dan ke-14 manakala Gonzalo Cabrera pada minit ke-10.

sumber:- HM

“Tapi memasuki minit ke-15, kami terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Safiq (Rahim) dilayangkan kad merah dan kami jelas tidak panik tatkala perlu mengharungi 80 minit perlawanan dengan hanya 10 pemain sahaja,” katanya.