Sukan

Cristiano Ronaldo mengamvk

Cristiano Ronaldo dilihat mengamvk dan meng3cam bekas rakan sepasukannya di Juventus menerusi satu rakaman belakang tabir.

Bintang Portugal itu hilang sabar ketika rehat separuh masa pertama semasa Juventus beraksi dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara bertemu Porto musim lalu.

Juventus adalah pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir tetapi ketinggalan 0-1 selepas berakhir babak pertama pada aksi pusingan kedua.

Porto melangkah ke saingan seterusnya menerusi agregat 3-1.

Rakaman membabitkan Ronaldo dan Juan Cuadrado di Stadium Allianz itu didedahkan menerusi dokumentari ‘All or Nothing: Juventus’.

Ronaldo menjerit: “Kita harus bekerja keras. Apa yang kita lakukan! Kita tidak beraksi dengan baik!

Cuadrado kemudian membalas: “Jangan risau. Anda perlu menjadi contoh kepada semua pemain.”

sumber:- HM

Ronaldo membalas: “Kita perlu memberitahu perkara yang sebenar. Kita beraksi dengan teruk. Ini adalah perlawanan Liga Juara-Juara, kita perlu mempunyai personaliti.”