Sukan

TFC sah didenda

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan dua kompaun berjumlah RM20,000 susulan isu berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa perlawanan separuh akhir Piala Malaysia melibatkan pasukan Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Takzim FC (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, Isnin lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, kompaun masing-masing berjumlah RM10,000 itu di bawah Peraturan 16 P.U(A) 293/2021, , Terengganu Football Club Sdn Bhd dan Malaysia Football League (MFL) selaku penganjur perlawanan.

“Kita telah menjalankan siasatan dan penganjur gagal memastikan pematuhan protokol am dalam pengurusan penonton dan penyokong iaitu penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna semasa perlawanan berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun Dr Kasemani berkata, siasatan pihaknya mendapati pengurusan TFC mematuhi peraturan lain iaitu menyediakan QR kod Mysejahtera, pengambilan suhu dan menyediakan cecair pemb@smi kvman sebelum memasuki stadium.

Jelas beliau, jumlah bilangan penonton juga dihadkan kepada 20,000 berbanding kapasiti sebenar 47,500 penyokong, membenarkan penonton yang lengkap vaks!n sahaja memasuki stadium dan mewajibkan semua penonton memakai pelitup muka sepanjang perlawanan berlangsung.

“Selain itu, penganjur juga ada menyediakan pasukan kawalan kes3lamatan seramai 430 orang terdiri dari agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan petugas keselamatan di pintu masuk kompleks sukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Kasemani berkata, setiap individu perlu memainkan peranan penting dalam memastikan diri masing-masing tidak mendapat jangk!tan dan tidak menjangk!ti orang lain.

Ini penting bagi mencegah berlakunya penularan jangk!tan Cov!d-19 dalam kalangan ahli keluarga, komuniti dan tempat kerja.

sumber:- SH

“Selain daripada mendapatkan imvnisasi lengkap dan dos penggalak bagi mereka yang layak, langkah-langkah pencegahan kesihatan awam asas seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan pematuhan SOP ditetapkan adalah penting,” ujarnya.