Sukan

Ronaldo bawa United ke kelompok 16 terakhir

Manchester United menempah tempat ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara apabila Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ketika menang 2-0 di Villarreal sebentar tadi manakala Chelsea juga mara selepas mengatasi Juventus.

Juara Eropah tiga kali, United yang melalui perlawanan pertama sejak memecat Ole Gunnar Solskjaer, perlukan kemenangan untuk mengesahkan kedudukan di dua tempat teratas Kumpulan F.

Bagaimanapun mereka berdepan tekanan besar kerana kekalahan boleh melenyapkan impian itu.

David de Gea melakukan dua aksi hebat menyelamatkan United dan Michael Carrick yang mengemudi pasukan, mengambil kelebihan hasil jaringan Ronaldo pada minit ke-78.

Jadon Sancho, yang menjadi pemain sering dikrit!k sejak perpindahan besar dari Borussia Dortmund pada penamat musim, menampilkan persembahan individu baik dengan gol pertamanya buat kelab tidak lama selepas itu.

“Ia bukanlah keputusan yang penting buat saya secara peribadi. Ia penting buat pemain dan kelab,” kata Carrick.

Gol Ronaldo adalah yang ke-799 dalam kariernya, ke-140 dalam Liga Juara-Juara dan keenam dalam kejohanan tahun ini.

Satu lagi tempat dalam kumpulan masih boleh diraih selepas Young Boys dan Atalanta seri 3-3 di Bern.

Gol lewat Vincent Sierro dan Silvan Hefti memberikan juara Switzerland kelebihan 3-2 namun Luis Muriel mel3dak pada minit ke-88 buat pelawat.

sumber:- BH

Atalanta akan berdepan perlawanan penentuan bertemu Villarreal di Bergamo bulan depan. – AFP