Sukan

Pencapaian luar biasa skuad Bojan Hodak

Kebangkitan yang diharapkan Selangor FC dalam aksi suku akhir kedua kempen Piala Malaysia mvsnah selepas skuad Bojan Hodak,Kuala Lumpur City FC (KL City) melakar kemenangan 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Gol tunggal KL City itu disumbangkan penjaring terbanyak Piala Malaysia ketika ini, Romel Morales untuk memastikan pasukannya mara ke separuh akhir menerusi agregat 3-0 selepas turut merakam kemenangan 2-0 di Kelana Jaya, Ahad lalu.

Kejayaan menundukkan ‘jiran tetangga’ itu turut meranapkan impian Selangor untuk menambah koleksi Piala Malaysia ke-34 dengan sebaliknya KL City berpeluang menamatkan kemarav kejuaraan trofi berprestij itu selepas menjulangnya secara hatrik pada 1987, 1988 dan 1989.

Skuad Red Giants yang perlu mencari dua gol untuk mengikat agregat hampir mendahului seawal minit kedua menerusi percubaan tonggak import dari Myanmar, Hein Htet Aung namun percubaannya sekadar meng3gar tiang gol tuan rumah.

Pelawat terus menekan dan Aliff Haiqal hampir menewaskan Kevin Ray Mendoza di minit ke-14 selepas tonggak tengah itu dengan berani membelah benteng KL City namun sempat di tampan penjaga gol biarpun pada awalnya tangkapannya sedikit terlepas.

Ketika Selangor rancak meny3rang, Morales hampir menghvkum kelekaan benteng lawan tapi mujur Ashmawi Yakin sempat menghalang percubaan striker dari Colombia itu.

Ketvmpulan bahagian depan Selangor nyata tidak digemari Karsten Neitzel dan jurulatih dari Jerman itu terus membuat pertukaran drastik pada awal babak kedua dengan memasukkan Danial Asri dan mengeluarkan Shahrel Fikri.

Sebaliknya skuad Warga Kota terlebih dulu menemui gol hasil sentuhan Morales di minit 50 selepas dia memanfaatkan tandukan Paulo Josue sekali gus ia adalah gol ke-10 peribadinya sepanjang kempen Piala Malaysia setakat ini.

sumber:- HM

Kelebihan tiga gol secara agregat itu jelas memberi kelebihan buat tuan rumah yang terus mempertahankan kedudukan itu sehingga wisel penamat untuk menempah tiket ke separuh akhir dan akan men3ntang Melaka United yang turut mencatat kemenangan dalam satu lagi suku akhir.