Sukan

Bahan tempatan tenggelamkan hidangan mat saleh hidung merah

Meskipun dijamu dengan makanan segera popular dari Barat, resipi tempatan tetap menjadi pilihan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Situasi itu dapat dilihat menerusi perkongsian Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Menu cucur pisang dan ikan bilis kucai jelas ‘men3nggelamkan’ makanan segera selepas hidangan ringkas itu lebih menambat hati Sanusi.

Coqkodok pisang dan coqbilih kucai tetap menjadi pilihan walaupun ada setambun McD di depan.

“Selera bahan tempatan yang segar tak mungkin dapat direntap burger dan ayam daging hidangan mat saleh hidung merah berkasut besar,” kata Sanusi.

Terdahulu, Sanusi menerima ‘hadiah’ daripada Tunku Makhota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berupa kiriman bunga dan juga makanan segera McDonalds.

Menjunjung Kasih TMJ HRH Crown Prince of Johor atas kiriman bunga dan McD..hari khamis ni kita berentap lagi.

“Kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan..kasi panas line tu wajib laaa,” katanya.

sumber:- BH

Tunku Ismail dan Sanusi masing-masing ‘berp3rang’ menerusi laman media sosial bermula daripada sebelum aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Aman Ahad lalu sehinggalah ke hari ini.